4WD To Berimbun Waterfall & Cave Exploration

Kami bertiga nie arr dok kt Belakang, masa ni hujan lebat sgt...
mmg mencabar jalan licin

Basah Lencun lepas aktiviti Lata Berimbun



Masa Masuk sungai la paling besttt...

Dok standby dlm kenderaan tunggu nak berlepas je..

Comot2 lepas merangkak ala2 komando dlm terowong
*(dah gemuk arr skg..huhuhu)
Kusyuk dengar penerangan En.Kamal

Dengan En.Zin dan En.Zairen depan pintu Gua Kecil

Dok dengar penerangan En.Kamal tak sedar kena snap pic
Panjat atas gua dok mengadap 'ala2 pentas opera'

25hb Oktober 2009 (Ahad) - Seminggu sebelum aktiviti 4WD dan Cave exploration ni, aku dipelawa oleh pihak CRP (Contryview Recreaction Park) untuk sertai aktiviti dgn group Exxon Mobile KL oleh kerana goup ni 90% melayu..kali ni aku nak join la kalau tak sebelum ni group ramai chinese or bangsa asing..nak bwk sorang buat kawan tak bagi....kebetulan group nie pun stay kt Hotel tempat aku kerja..so, senang la bergerak dlm satu bas....pagi tu bermula jam 9.00am lepas sarapan kami gerak naik bas ke Raub sekali dgn Crew CRP En.kamal n geng tunggu dr Jeram Besu...hingga ke Gua Kecil Raub...sampai sana, kg.tok macang (kalau tak silap la) diangkut naik van CRP ke Gua kecil dalam10minit...sampai pintu gua mmg kagum betul tgk keindahan gua nie...(tak pernah tgk gua bebbb)... sebelum masuk ke perut Gua Kecil nie, sedikit penerangan mengenai gua, pantang larang dan lain2 oleh En.Kamal...kami masuk secara berdua2 baris la panjang mcm budak sekolah nak naik bas (hehehehe)...sambil diiringi oleh Crew2 CRP...mmg gelapla dlm gua, sampai satu2 tempat dlm gua, penerangan diberi oleh En.Kamal mengenai pembentukan stalitite n stalitmite (betul ke ejenye?..ekekek)..lama tinggal sekolah wehhhh...tak ingat la dah benda2 mcm tu...hingga la satu part tu kami kena merangkak (jadi mcm komando la pulak) melalui terowong- panjang tak panjang pun ponek gak la nak menyampainye., dengan debu..tomotnye....lagi satu aku kagum betul mcm ada pentas opera lak dalam gua nie, cahaya masuk dari atas direct ke satu tempat tu rata je mcm stage...mmg cantik!!....dah siap explorasi kami hingga keluar gua kami balik ke Bas dan terus ke perjalanan melalui Kuala Krau hingga ke satu pekan nama apa la pulak-lupe.. berkumpul kt situ 4WD dah menati kt situ ada la dalam 6 biji..mmg best tak sabar nak naik..kami naik Jeep 4WD yang selalu Champion dlm kebanyakan acara 4x4 ni..3 org je naik kt belakang ramai2 tak selesa jugak lagi pun saiz jeep ni kecik sikit berbanding jeep2 yg lain. Satu jam lebih juga nak menyampaikan ke air terjun Lata Berimbun....time naik cuaca redup besttt je, lama ke naik lama ke dingin je rasa naik ke tempat tinggi....jalan memang lagi tinggi lagi mencabar, jalan 1 lorong je, kebetulan ada 4WD lain nak turun 3 biji kesemuanya...puas gak la diaorg himpit2 ketepi sondol2 gak hutan tepi2 jalan tu..paling best masa Jeep meredah sungai, yee haaa rasa mcm koboi sesat lakk....hehehe, besttt sgt2.
Setibanya di Lata Berimbun, kena berjalan jugak la hampir 10 minit ke lokasi air terjun...tak sabar2 nak tgk, suhu lama ke dingin rasa mcm g ke Freaser Hill lak...nampak je air terjun, fuhhh cantikkkknya anugerah Allah SWT nie, kagum betul dgn keindahan air terjun nie...kebetulan kami naik sana pun musim kerap hujan so, air agak keruh sikit berbanding hari2 biasa. Kami berhenti makan dulu sbb perut pun dah main lagu keroncong-Pihak CRP sediakan Pack lunch (Nasi goreng+ayam goreng+telur dadar) lapar nye pasal abis licin...dok rehat jap masing2 pakat dok tepi gigi2 air...fuhhhhh air mcm air batu sejuknya, menggigil..kena siram dek geng2 exxon mobil ni akhirnya masuk gak dlm air wpun kesejukan...hampir 2 jam gak kt atas tu, kami pun ready2 la nak balik...kebetulan bukan group kami je yg ada kt sana, group chinese student-under CRP juga...nak balik tu hujan dah mula rintik2, lama2 ke lebat dan lebat mmg sejuk la....jalan makin licin....kebetulan ada sebuah 4D tak lepas nak daki bukit, kena menunggu gak la nak diaorg tu lepas..dah berjaya diaorg ke tepi bg laluan 6 biji kenderaan kami ni lalu dan berjaya sampai ke park bas sebelum ni...ada gak perniaga amik kesempatan menjual Belimbing, pandai diaorg potong2 bg kita rasa..sbb manis aku beli la 1.5kg-RM6..nak menyalin baju basah pun cepat2 je....dlm bas boleh dikatakan semua terlena sebab keletihan...jam 5pm kami tiba ke Hotel....dan kul 7pm aku ke hotel semula uruskan dinner diaorg pulak....Letihhhh oooooooo








*Citer selanjutnya selepas ini...dan gambar2 lain akan diupload kemudian.... *gambar ni sumbangan en.zin (Exxon Mobil) mekasihhh ekk..terutama pic dlm gua, sbb pic sdri golap....




Thanks for reading

No comments: