Reunion Cliffordian 2010

Wajah ayu Dato Siti Nurhaliza

Dato Siti tgh ckp dgn Abah dlm HP


Apa2 pun aku yg lg tembam..hahaha

Rakan sepermainan berjumpa kembali....
(Siti..harap Siti ingat lagi zaman kita kanak2 dulu ye...sonok sgt2)

30hb Julai- Kerja mcm biasa...ptg tu Shafrina mmber sekolah aku dr zaman Sek.Setiawangsa dtg ke tempat kerja aku...syokkk sgt sb lama tak jumpa., panjang lebor la borak tadi..Esok 31hb Julai hari Reunion Cliffordian besar2ran selama 2 hari...so utk dinner esok aku geng dgn Shafrina...ramai gak mmber2 yg tak dpt dtg sebab komitment pada tugas dan keluarga...harap dpt jumpa ramai kawan2 lama mlm esok...Reunion kali ni mmg besar2ran, kabarnye mmg grand giler2...Dato Siti siap buat persembahan pada malam tu-ada press n media lg. Petang lepas kerja aku g Salon rambut (cuci n trim sikit rambut) kt area taman Desa Perwira dkt area rumah aku...kuar dr Salon dah jam 7 lebih hajat nak singgah kt mini market sebelah salon nak beli syampoo dll, call ke abah tanya nak pesan beli apa2 ke, pas tu nampak Hafiz adik bongsu Siti siap lambai2 kt aku...pas tu kuar Siti tergamam aku mcm x percaya Siti depan mata...apa lagi adegan peluk cium bagai la...sempat lg aku pas HP kt Siti , tgh diaorg borak (abah n Siti) aku kuar camera terus snap pic Siti...Siti pun mlm tu nak ke SMC -ada rheasal di sekolah...dpt borak dlm 10 minit tu happy sgt2 dah....apa2 pun jumpa Dato Siti Nurhaliza esok kt Majlis Reunion Cliffordian....


Selit sikit atur cara esok*

Aturcara Majlis / Aktiviti “ Old Cliffordians 2 Gather as 1”

Tarikh : 31 Julai 2010
Masa : 4-6 petang
Tempat: SMK Clifford, Kuala Lipis Pahang

4-6pm Pendaftaran/Penyerahan Buku Aturcara/Cenderamata

Tarikh: 31 Julai 2010
Masa: 7.30 malam
Tempat: Padang SMK Clifford

7.30pm - Ketibaan `Old Cliffordian’/Tetamu/Jemputan
8.30pm - Lagu Negaraku
- Bacaan Doa
- Jamuan Makan Malam
(Persembahan Kombo MPK)
9. 00pm - Lagu Sekolah Baru iringan Koir SMK Clifford
- Lagu Sekolah Lama
- Ucapan Pengetua SMK Clifford
- Ucapan Pengerusi Penganjur Perhimpunan Bekas Pelajar
- Persembahan Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian MPK Kuantan
- Video Klip Down Memory Lane
- Persembahan Istimewa kelolaan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd.
10.15pm - Acara Cliffordian
- Persembahan Khas
- Lucky Draw
- (Acara Bebas)

Tarikh : 1hb Ogos 2010
Masa : 8.30am – 11.00am
Tempat : Padang SMK Clifford

8.30am - Senamrobik
- Poco-Poco
9.10 - Sukan Rakyat
- Sesi Fotografi di terowong / sekitar sekolah
- Melawat Galeri
- Penyampaian Hadiah (Sukan Rakyat)
11.00am - Jamuan Ringan
- Bersurai

Sdr/sdri rakan bekas pelajar SMK Clifford, Kuala Lipis yang dihormati.

HANYA RM50.00

BAGI MENDAPTKAN BORANG DAN BAYARAN SECARA EXPRESS UNTUK MENYERTAI Program perjumpaan kembali Old Cliffordians 2 Gather As 1 pada 31bb Julai dan 1 hb Ogos 2010. SILA HUBUNGI DAN MEMBUAT BAYARAN SEKARANG KEPADA AJK-AJK BERIKUT:
Thanks for reading

Food Testing For "Ramadan Promotion"

Ramadan Set terdiri daripada~Percik ayam, talapia thai sos , sup sayur masin, set dlm bakul (udang berlada+terung, taufu goreng , bilis goreng+cilipadi+bawang)





Dengan Miss Lai - Food test

26hb Julai 2010~ Petang tu Miss Karen mintak Edy( Chef ) buatkan menu untuk Bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba ni...setiap kali menu baru keluar, lepas snap2 gambar biasanye buat 'food testing'...time kena panggil buat Food testing nie cepatttt je...hehehe al-maklum le 'makan punye pasal' hehehehe....Ramadan set nie terdiri dr - Talapia masak thai sos, sup sayur masin, ayam percik, set dlm bakul ( udang berlada+terung, bilis goreng +bwg, taufu goreng) , nasi putih , air , kuih dan kurma . Harga dlm proses perbincangan lagi.....lepas food testing , sambil makan kena bg komen...aku nie bab2 komen payah sikit...semuanye sedapppp...ahaks......ada la yg boleh di komen dan cadangan time tu la....yela pas nie, aku gak yg kena jual promotion nie....balik tu dah kekenyangan x yah makan malam dah.... :P

Thanks for reading

@ Karnival last day with UK's

Menyanyi atas stage tu dgn Amy UK's

Berebut Mic dgn si Adam

Time ni Adam n budak2 lain joget atas stage

Dapat CD UK's - best gak lagu dia...


4hb Julai~Hari ni mmg hajat malas nak kuar g mna2 sb letih lg dgn aktiviti semalam-water rafting. Abah n mak g Tersan rumah kenduri kawin...petang tu mak ajak g jalan2 bwk Adam ke Karnival..coz mak tak pernah g lagi sepanjang karnival berlangsung...mmg penat la melayan si Adam, hari nie Mak (tok) memborong sakan..tudung je sampai 5 lai, kain pasang dgn bagnye..wahhh sakan tok Adam bershopping...aku beli kain pasang je sepasang + 1 lai tudung ekin warna peach...petang tu kumpulan UK's - ex Ukays tahun 94-96 dulu2 diterajui oleh Amy anggota kumpulan Ukays dulu..kebetulan aku jumpa lak Kak Peah n the gang kt area stage..tak pasai2 aku kena panggil dek Amy-UK's siap panggil nama aku dr atas stage..( diaorg ni stay kt hotel Lipis Plaza & pembantu En.Januar-pengurus event dah biasa berurusan kt hotel ) sib baik stage kecik tu je..kalau stage beso ,mau tak naik aku...Si Amy-UK's ni soh aku nyanyi lak...mmg blank gile kepala otak aku time tu lagu apa pun tak ingat-ingat x ingat nyanyi la lagu 'seksa' Ukays zaman Amir dulu2....yg Adam pun sekali hangkut atas stage mmg sakan dgn dia....Adam lak sibuk berebut Mic atas stage...gelamer la kejap Adam n Ibunye...hahahaha mmg kelakar je rasa hari tu....so, dapat le CD -UK's satu siap Autograph...mmg sporting Amy dan Epi....pas tu balik layan char kuew tiow + air kelapa di Desa Perwia kemudian balik....



Thanks for reading

Adam @ Karnival Lipis


Hasil 'rembatan' pada hari tu..bola Adam x masuk gambar..brg2 Adam
brg ibunye tak yah masuk arr....hehehe


Sukan 'Paramotor'


Syok melayan Adam tepi padang main mainan dia

Actually citernie patutnye post b4 aktiviti water rafting lg...tp excited post yg aktiviti kt Jeram Besu dulu....hehehehe....petang tu makan2 kuewtiow sup tempat biasa kt tapak ekspo dgn Kak Peah bwk Adam sekali...Adam ni kalau bwk g tempat2 ekspo mula la mcm2 benda nak..mmg kt eskpo tu beli Kasut Croc baru utk Adam, topi, dll..kebetulan tgh melayan Adam main mainan dia ..ada acara sukan Paramotor-ala2 payun terjun turun tp diaorg ada mcm kipas kt belakang tu pulak...sukanye la Adam tengok benda turun dr langit tu...hehehehe....menjerit2 dia...so, petang tu seronok la Adam dgn barang2 baru beli dan dpt tgk sukan 'Paramotor' ...peserta sukan tu pun stay kt LIPIS PLAZA....Yang penting Adam Happy....apa2 pun Thanks kt Ayah angkat Adam- :)




Thanks for reading

[LYRICS] Nobody - Wonder Girls (Official English Version)


Thanks for reading

Water Confidence, White Water Rafting, Paintball & Makan Durian at Jeram Besu

Peralatan paintball

Makan doyannnn.....mmg best isi kuning2

En.Kamal mengopek doyan...

Penerangan oleh En.Halim

Menu minum petang

Paintball dlm ladang koko...

Merentasi Jeram arus agak kuat-aku dlm bulatan tu...

Aktiviti white Water Rafting

Penerjunan utk water confidence-Rapid Jump

Tunggu giliran melalui tali ke batu utk water confidence-Rapid Jump

3hb Julai 2010-Sabtu...Actually hari ni aku ada 2 tempat nak gi 1st Meeting reunion di NZ garden KL mmber2 Sek.vok/teknik Bentong batch 94/95 atau gi ke aktiviti bersama group CIDB-white water rafting nie....Adam pun tak de org nak jaga so, aku gi aktiviti satu hari nie je...Biasa la memula join dgn group kita baru kenal tak best sgt la..malu2 lg...cuma aku join dgn Cik Farah org yg deal dgn aku utk bilik hotel...semua peserta CIDB ni menginap di LIPIS PLAZA HOTEL dan aktiviti saja dgn En.Kamal....Bermula pagi aku ikut En.Kamal (Pengurus -aktiviti) ke Jeram Besu jam 8.15am..dari sana bermula dgn penerangan keselamatan utk aktiviti Water Confidence ( terdapat 3 elemen dlm water confidence - Rapid Jump, Floating dan Capsize-drill)-kena terjun dalam arus deras (Rapid Jump)...masa aku cuba tu mmg serun gak la nak terjun wehh..air agak besar gak dan arus agak deras, masa ni la nak uji level confidencen kita berani ke dok nak masuk dlm air tu...mmg fun gilerrr...apa2 pun aspek keselamatan kena ikut dlm semua acara aktiviti di Jeram..semasa buat aktiviti water confidence (Rapid Jump) ni salah sorang peserta CIDB pengsan rupa2nye ada asma..so, panik la jap semua staff CIDB, sib baik tak lama lepas tu dia dah ok kembali teruskan aktiviti mcm biasa.
Pas tu aktiviti terbalikkan bot (Capsize dirll)..dan terus aktiviti merentasi jeram. sebelum tu kami diberi penerangan mcm mna keadaan kami di dalam bot sewaktu merentasi Jeram yg kuat n laju...kena pegang tali di tepi bot, paddel letak di dalam bot dan sengetkan diri ke arah dlm bot supaya tak terpelanting keluar bot sewaktu merentasi jeram. Perjalanan kami diteruskan merentasi sungai Lipis terus ke Benta adalah dlm 40minit perjalanan mmg besttt sgt2 dlm perjalanan merentasi sungai kami lalu juga beberapa jeram kecil tak bahaya seperti di Jeram Besu...sampai di Beta-Jeti kami dijamu dgn makanan ringan- Tapai dlm daun keladi, roti dan air meneral sebagai alas perut dan terus menaiki bas yg menunggu..perjalanan diteruskan ke Base camp untuk aktiviti Paintball pulak...di Base Camp di Jeram besu cantik dan bersih je, bilik air n persalinan pun agak selesa dan luas-tekanan air pun kuat..
Selesai bersihkan diri dan salin pakaian dalam Jam 1 lebih kami di saji dengan hidangan tengahari lauk kampung- ikan patin tempoyak, ayam masak merah, kangkung belacan, ulam2 sambal belacan, ikan masin air oren dan buah2han....mmg ramai kelaparan la semua peserta...jam 2.15pm terus ke tapak utk aktiviti paintball dlm ladang koko...kena berjalan dlm 10 minit ke tapak yg telah dipasang jaring keselamatan ....sedikit penerangan mengenai paintball mcm mna nak guna pistol tu dipanggil marker (ye ke tak ejenye) dll la...cara permainan..macamana nak kira dah 'mati'....permainan dia dibahagi beberapa kumpulan...dlm jam 4 lebih lepas tamat permainan kembali ke Base Camp utk menikmati hidangan minum petang-Beehoon goreng n sandwich telor-2 bakul durian kena habiskan ...mmg kekenyangan betul petang tu....dlm jam 5 lebih kami berjalan utk ke tempat bas tertido kepenatan dlm bas....dlm 6 lebih kami sampai ke hotel...apa2 pun aktiviti hari tu mmg FUN....seronokkk giler...dpt kenalan baru dan aktiviti baru...apa2 pun terima kasih pada En.Kamal sbb bg peluang kt aku utk merasa aktiviti2 ni ..Free maaa....kalau tak semua aktiviti ni dlm RM200++ /pax....Berminat?.........hubungi saya ye....yihaaaa....



Thanks for reading

Waka Waka - Shakira [Lyrics]


Thanks for reading