Showing posts with label Reunion. Show all posts
Showing posts with label Reunion. Show all posts

Reunion SMVTAA Bentong @ PD

sesi bergambar Hari terakhir-gambar di Teluk Kemang

Memula sampai kt PD- sesi pendaftaran

Adiah pertukaran dpt adiah dr Fafau & nak balik Ayu bg adiah besday-teddy putih cute sgt...

Malam Dinner- Tema 'Simply Red'
- sistem adik dan abg angkat SMVTAA..aku dan Zul berkongsi adik angkat yg sama Ayumie...

Telematch-bwk bola pingpong dlm sudu..


8-9hb Januari 2011 ~ Asalnye reunion ni patutnye dibuat pada 25 Dis 2010..tp ramai sgt ada rancangan lain dipinda ke 8-9hb Januari..alhamdulillah perancangan dah makan masa bertahun2 tp tak jadi2 akhirnya menjadi kenyataan...nak sgt jumpa kawan2 lama yela 15thn tinggalkan sekolah....so masa 7hb Jumaat tu aku amik cuti 1/2day...amik bas jam 1pm ke KL..smpai kt KL Ayu (adik angkat ) jemput naik LRT area pekeliling ( x pernah naik sorang2)-so Ayu la jemout turun kt Sg.Besi...terus ke Jusco Makan2 dgn ayu dulu pas tu beli brg utk hadiah Pertukaran (kami wajib bwk adiah yg nilainye kena RM30 keatas...) aku beli bantal bentuk bunga ros mmg cantik ..bantal tu aku beli harga RM34.90 (aci la lebih dr RM30) kan...hehehe...lupe lak aku nak snap pic tu b4 bungkus- tp akhirnye Cik Mala-junior yg dpt hadiah aku pd mlm tu )...dlm2 masa tu sempat lg beli sepasang kasut ...melayang RM39 (hantu kasut betul la )....pas tapau2 makanan balik sampai rumah Ayu dlm jam 9.00mlm...mandi2 rehat2....esok..pagi2 ayu dah ready2 breakfast nasi goreng udang...(sedap yu masakkkk)...tak lama pas tu Mala & Along Fiza sampai...dlm jam 10 lebih berangkat naik kete ayu singgah ke Jusco amik Kek dan terus ke PD..1st time sampai PD- Tiara Beach Resort mmg cantik tempat nie...sib baik la Mala tau jalan, so mudaharr perjalanan kami...sampai kt sana dlm 12 lebih call2 semua masih otw, perut pun lapar kami gi makan dulu...semua dah sampai, memula segan giler nak jumpa kawan2 ye la saiz dah 2x ganda kan..hahahaha (malu ooo)...mmg epi...sesi bagi2 kunci apartment (B-2-o1) -apartment si Nuar arrangekan RM280 semalaman (unit persendirian )...kalau direct dgn Tiara Beach Resort hampir RM400-500 semalaman..petang tu kena berkumpul utk acara sukan pulak...sukan telematch area pantai-konvoi ramai2....wpun kalah tp tetap happy, seronok pulak bersukan mcm nie, teringat zaman masa sekolah tadika dulu2...balik2 bersihkan diri berkumpul utk dinner lak kul 8pm...area tepi pantai...( alhamdulillah mmg best sgt2...BBQ sotong/ikan /udang/ sausage/ nasi goreng cina/ air kopi o/ tea....) mmg puas ati....tema mlm tu 'Simply Red' mmg semua merah2..hehehe.....acara karaoke...acara tukar2 hadiah..aku dpt adiah dr Fafau-Jam english style mmg cun...(bukak kt rumah)...balik agak lewat 12 lebih...balik2 mata tak tahan tido..dok sebilik dgn Mala-junior...( ok la, mala dpt adiah aku mlm tu)...adaiah mala ayu yg dpt..esok pagi2 bangun bfast kt apartment Fafau...& terus aktiviti mandi manda mcm kekanak riang pulak....tgh hari balik kemas2 1pm c.out..berkumpul gambar ramai2....bersurai...kami singgah kt pantai Teluk Kemang beli cenderahati utk bwk balik aku beli ( t-shirt PD utk adam, keychain utk kawan2, friege magnet dll )...makan2 ayu hantar ke stesen LRT SgBesi sebelum nak naik ke stesen Ayu adiahkan adiah bday (terharunye...epi sgt)- dpt teddy bear putih...byk la berangkut naik LRT ...kali ni naik sorang2...turun kt setiawangsa sampai jam 5.05.pm terus beli tiket balik lipis 5.30pm....kul 8pm sampai Lipis...hari yang memenatkan tp seronokkkk......




Thanks for reading

Reunion Cliffordian-2010



Dato Siti buat persembahan


Dengan Shafrina mmber sekelas dr SMSW






Dengan Neini - rakan sekelas di Clifford

Dengan Kak Wan....dari SMSW lagi...

Kak Nora..merangkap jiran lama masa kt Balai Lipis

Juadah pada malam tu...

Petang-Hari pendaftaran/semak

31hb Julai-Sabtu(8.30pm-11.30pm) petang tu pendaftaran jam 3 lebih dah g sana utk semak pendaftaran dan amik goodies...nak bersiap g majlis blackout pulak kt area rumah...dgn baju n tudung tak bergosok...main sauk je mana baju2 dlm gelap & makeup main calit je..tawakal je asalkan jgn salah sapu dah...huhuhu..8.00pm bersiap g dgn BJ(adik)...parking kt Padang majlis mmg full betul parking ari tu...Majlis diadakan di Padang Sek.Men.Clifford..Kena pakai pulak kain selempang biru dan sticker warna mengikut batch...Janji dgn Shafrina jumpa kt sana...mmg ramai betul org, tp ramai dr batch 70an-80an..batch kami tak ramai sgt jumpa kak Nora so semeja dgn dia sb Shafrina tak jumpa masa tu...ok la majlis mmg grand siap ada rusa ke kambing panggang...(adik kata rusa)...makanan biasa je..mmg tak de selera nak makan cuma hajat nak jumpa mmber2 je...Ramai gak tetamu2 kehormat dan bekas pelajar terdiri dr golongan ahli koprat, business dan berjawatan tinggi dlm jawatan yang dipegang nampak Dato Suhaimi Ibrahim ,Keluarga Siti Nurhaliza , YB2 dan lain2....seronok jumpa mmber2 lama yg lama tak jumpa..cikgu2 sekolah...makan2 snap2 pic...nak snap pic dgn Siti petang sebelum tu dah snap, lg pun ramai sgt org dok posing dgn Siti...tp mlm tu enjoy gak tp kurang seronok sb ramai geng dr Batch sdri tak datang...tp seronok tgk batch2 dari zaman 70an dan 80an dpt jumpa mmber sekolah masing2, mcm2 gelagat tgk...lg satu fesyen show malam dinner mcm2 pesen..ahaks....aku sempoi....11.30pm lepas masa Siti nyanyi snap sikit pic dia terus blah balik....BJ lak balik ikut mmber dia siap melepak kt bandar dlu minum2, adik kata penuh kedai2 kt area bandar dgn geng2 reunion ni-dah habis kt padang sambung lak kt kedai makan/medan2 selera ...kul 2am baru adik balik....

Thanks for reading

Reunion Cliffordian 2010

Wajah ayu Dato Siti Nurhaliza

Dato Siti tgh ckp dgn Abah dlm HP


Apa2 pun aku yg lg tembam..hahaha

Rakan sepermainan berjumpa kembali....
(Siti..harap Siti ingat lagi zaman kita kanak2 dulu ye...sonok sgt2)

30hb Julai- Kerja mcm biasa...ptg tu Shafrina mmber sekolah aku dr zaman Sek.Setiawangsa dtg ke tempat kerja aku...syokkk sgt sb lama tak jumpa., panjang lebor la borak tadi..Esok 31hb Julai hari Reunion Cliffordian besar2ran selama 2 hari...so utk dinner esok aku geng dgn Shafrina...ramai gak mmber2 yg tak dpt dtg sebab komitment pada tugas dan keluarga...harap dpt jumpa ramai kawan2 lama mlm esok...Reunion kali ni mmg besar2ran, kabarnye mmg grand giler2...Dato Siti siap buat persembahan pada malam tu-ada press n media lg. Petang lepas kerja aku g Salon rambut (cuci n trim sikit rambut) kt area taman Desa Perwira dkt area rumah aku...kuar dr Salon dah jam 7 lebih hajat nak singgah kt mini market sebelah salon nak beli syampoo dll, call ke abah tanya nak pesan beli apa2 ke, pas tu nampak Hafiz adik bongsu Siti siap lambai2 kt aku...pas tu kuar Siti tergamam aku mcm x percaya Siti depan mata...apa lagi adegan peluk cium bagai la...sempat lg aku pas HP kt Siti , tgh diaorg borak (abah n Siti) aku kuar camera terus snap pic Siti...Siti pun mlm tu nak ke SMC -ada rheasal di sekolah...dpt borak dlm 10 minit tu happy sgt2 dah....apa2 pun jumpa Dato Siti Nurhaliza esok kt Majlis Reunion Cliffordian....


Selit sikit atur cara esok*

Aturcara Majlis / Aktiviti “ Old Cliffordians 2 Gather as 1”

Tarikh : 31 Julai 2010
Masa : 4-6 petang
Tempat: SMK Clifford, Kuala Lipis Pahang

4-6pm Pendaftaran/Penyerahan Buku Aturcara/Cenderamata

Tarikh: 31 Julai 2010
Masa: 7.30 malam
Tempat: Padang SMK Clifford

7.30pm - Ketibaan `Old Cliffordian’/Tetamu/Jemputan
8.30pm - Lagu Negaraku
- Bacaan Doa
- Jamuan Makan Malam
(Persembahan Kombo MPK)
9. 00pm - Lagu Sekolah Baru iringan Koir SMK Clifford
- Lagu Sekolah Lama
- Ucapan Pengetua SMK Clifford
- Ucapan Pengerusi Penganjur Perhimpunan Bekas Pelajar
- Persembahan Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian MPK Kuantan
- Video Klip Down Memory Lane
- Persembahan Istimewa kelolaan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd.
10.15pm - Acara Cliffordian
- Persembahan Khas
- Lucky Draw
- (Acara Bebas)

Tarikh : 1hb Ogos 2010
Masa : 8.30am – 11.00am
Tempat : Padang SMK Clifford

8.30am - Senamrobik
- Poco-Poco
9.10 - Sukan Rakyat
- Sesi Fotografi di terowong / sekitar sekolah
- Melawat Galeri
- Penyampaian Hadiah (Sukan Rakyat)
11.00am - Jamuan Ringan
- Bersurai

Sdr/sdri rakan bekas pelajar SMK Clifford, Kuala Lipis yang dihormati.

HANYA RM50.00

BAGI MENDAPTKAN BORANG DAN BAYARAN SECARA EXPRESS UNTUK MENYERTAI Program perjumpaan kembali Old Cliffordians 2 Gather As 1 pada 31bb Julai dan 1 hb Ogos 2010. SILA HUBUNGI DAN MEMBUAT BAYARAN SEKARANG KEPADA AJK-AJK BERIKUT:
Thanks for reading