Program 'Journey ToThe West Pahang' 6-9 Dec 2010

Ramai2 di Homestay Kuala Medang
(sumber gambar dr Abg Din-Metro)

Lepas dinner @ Heritage Hotel

(sumber gambar dr Abg Din-Metro)


Comot2 lepas kuar Mossy Forest

(sumber gambar dr Abg Din-Metro)

Bye2 De'La Ferns Cameron-saat sedih nak berpisah

Mardi Cameron

Mardi Cameron

Pokok2 dlm Mardi

Dinner @ Heritage Hotel Tanah Rata-dpt lucy draw... :)

Aktiviti di Kg Irau-Homestay Kuala Medang

Seminar dan aktiviti di Cameron


Gunung Berincang dan Ladang Boh & gambar dgn En.Suzilan dr KB


Aktiviti di Cameron & di Berincang tower

Aktiviti di Kuala Medang

Tempat penginapan kami selama 2 malam di Cameron

Lembah Bertam...laluan utama Betau-Cameron jalan baru....


Homestay Kuala Medang....

Makcik Shamsiah keluarga angkat kami tinggal semalaman di Homestay Kuala Medang


Dinner di Kuala Medang..siap ada sewang org asli lg...

makan rusa lg sambal belimbing hitam jus salak......sedappp

disambut dgn kompang, taklimat dan aktiviti memancing....x dpt ikan...

Destinasi pertama-Homestay Sg.Pasu..sgt cantik....dpt goodies

Malam sebelum ke Cameron...jalan2 kt TC ....

6hb-9hb Dec 2010~Program Journey to the west Pahang ( program nie actually nak kenal kan produk pelancongan yg ada di belah Pahang Barat-Homestay Sg.Pasu dan Kuala Meadang dan laluan baru dr Koyan-Betau-Lembah Bertam-Ringlet dan produk pelancongan yg ada di Cameron)...pagi kul 9am kami kena berkumpul di pejabat Tourism Malaysia di Kuantan...lepas pendaftaran naik bas ramai2..2 biji bas disediakan oleh pihak TM..ramai gak yg pergi peserta2 terdiri drp Media, wartawan dr RTM, Metro, Berita, Star, Majalah Gaya ,Hotelier, travel agent dan dr TM sendiri..masa nie malu2 lg...sepanjang perjalanan kami ke Homestay sg.pasu Raub..kami ditemani oleh 'the best tour guide in Malaysia' iaitu Mr.Francis Low...aceli mlm tu tido lewat ingatkan nak tido la dlm bas...x leh nak tido...dr Mr Francis bg penerangan...berhenti di R & R Temerloh dan terus turun ke Bentong-Raub...kami disembut dgn paluan kompang rasa mcm VVIP la pulak...makan2 dan taklimat diselang dgn aktiviti kebudayan tarian, kompang , ada aktiviti bermain gasing oleh kanak2 tempatan..penyerahan goodies dlm bag biru (kerepek/ maruku/ bahulu-air mineral) oleh Dato Sharuddin Moin (exco/Pengerusi Mara)..x dpt dilupakan aktiviti menanam satu pokok (pokok bunga/pudding kot spesisnye) -tak tau la hidup lg ke tak skg, oleh wakil setiap jabatan..dlm jam 4PM lebih kami bertolak ke Homestay Kuala Medang..setibanya di sana kami disambut juga dgn paluan gendang/kompang bunga pahar manggar dan diarak ke dewan utk jamuan ringan dan taklimat mengenai Homestay kuala Medang, proses penyerahan ke keluarga angkat., seronok dpt keluarga angkat Makcik Shamsiah (kongsi dgn Ninie, Anne dan Yoyo) dr sini la kami kenal satu sama lain...mmg seronok semua kepala giler2...selesai proses penyerahan keluarga angkat kami gi memancing kt kolam ikan patin diberi joran tradisional dan sebungkus umpan sorang satu...tp aku x dpt ikan hari tu...Yoyo dpt ikan so dpt la bwk balik rumah keluarga agkat...pas tu kami dihantar ke rumah keluarga angkat masing2, jam 8.30pm ke Dewan k.medang aktiviti makan2 lg...lauk kali nie mmg best ada rusa masak kicap, sambal belimbing hitam, dll jus salak...sambil makan tgk aktiviti tarian kebudaan dan pelanduk..last tarian sewang org masyarakat org asli Betau.mmg fun sgt..kami balik mlm tu, cuma tinggal group2 nak karaoke...

Hari ke 2 (Kuala Medang)

Pagi selesai sarapan di rumah Makcik Shamsiah , van pickup kami ke Dewan dan ke Kg Irau utk aktiviti (membuat emping/melawat kebun salak-jus salak/ demo buat dan main /gasing traditional/ ) di sg,kg irau juga baru dibuat penempatan-Kelah sentuary so, pas nie leh main2 dgn kelah di sungai....tgh hari kami balik semula ke area Dewan K.Medang , tgk demo proses mee kuning, mee sanggul dll... balik ke rumah keluarga angkat masing2 dan makan tgh hari...jam 2pm kami berkumpul di dewan (sedih pulak tinggalkan makcik samsiah..baik sgt orgnya)...lepas penyerahan goodies dr kuala medang ( biskut bunga cina/ dodol/sambal belimbing hitam/ jus salak) berat bwk goodies je lom sampai cameron lg...hehehe...aktiviti bergambar ramai2 di Papan tanda Homestay Kuala Medang ...terus ke Cameron...berhenti di Lembah Bertam-aktiviti bergambar..jalan agak sunyi tp amat selesa utk dilalui ...terdapat sedikit tanah runtuh....setibanye kami tiba di Hotel De'la Ferns Cameron jam 5 lebih, kami ditempatkan sebilik 4 org..(ninie, Yaya -ganu, Izatti -east cost kuantan ) Harga bilik kami stay tu mencecah RM500++ semalaman...alhamdullilah dpt tido free, makan free, jalan2 free...TQ TM pahang.. mlm tu dinner di cafe..dan 8.30pm Penyerahan goodies dr TM pulak ( dpt bag pack/topi maroon TM/ batch/pen/buku note dan bag )taklimat pulak di dewan seminar Hotel dan dibahagikan kumpulan kitaorg kumpulan 3 kali ni berpecah dgn Ninie.....lepas taklimat- aktivti free..tu pun dah 10 lebih...borak2 dan tido...

Hari ke 3 (Cameron )

Pas breakfat di Hotel kami kena berkumpul di Lobby kami berkumpul mengikut kumpulan dan ke destinasi pertama Mossy Forest (tak bwk kasut sesuai) singgah ladang Boh Sg.Palas dan diberi sedikit penerangan oleh tour guide kami (lupa nama sapa) mengenai sejarah pokok teh(rupanye jangka hayat pokok teh boleh hidup sehingga 25othn, pokok sebenar teh ni membesar mcm pokok lain juga (ada pokok yg tidak dibonsaikan-baru tau rupa pokok teh sebenar) kesemua pokok teh yg ada di ladang ni telah dibonsaikan. utk memudahkan menuai daun teh nie..ala baru la aku tau..brp kali gi Cameron ingatkan pokok teh ni mmg mcm tu rupa pokok asalnye rupanye tak..dan perjalanan kami terus ke Berincang ..panjat tower Berincang ..kebetulan cuaca sgt ok hari tu dpt la tgk selat Melaka...indah sungguh ciptaan tuhan...kemudian berjalan sedikit masuk ke Mossy forest (wpun becak kasut aku brp kali tenggelam dlm selut) mmg cantik sgt2....) wowwwwww.....sukar nak gambarkan dgn kata2....tgk peruk kera yg ada dlm mossy forest..sib baik la takde pacat dan nyamuk kt tanah tinggi...satu pengalaman yg tak dpt dilupakan sepanjang hayat...pas tu kami turun dan ke Mardi Tanah Rata...diberi sedikit taklimat...dan jalan2 dlm ladang Mardi...mmg cantik tgk pokok2 buah-strawberry, apple, pear, sayur kobis, rempah2, bunga2 segar...mmg cantik....makan ice cream strawbarry lg...hehehe...balik tu ...kami lunch di hotel dan jam 3pm taklimat di Dewan seminar hotel dan diberi tugasan group...esok jam 9am kena bentangkan mengikut kumpulan...mmg mengantuk giler dlm hall (perut kenyang+sejuk=mengantuk) taklimat oleh President Homestay Msia-tuan haji..aktiviti minum petang sambung taklimat dan ready2 utk dinner..actually dinner malam tu tema dia 'Colourful night' oleh kerana ramai yg tak tau..hentam saja la asalkan berkaler...hehehe....kul 8pm kami kumpul di lobby hotel naik bas ke Heritage hotel di Tanah Rata..dinner buffet..mmg sedap la lauk dia...aktiviti diselangi dgn nyanyian karaoke oleh peserta2 dan cabutan bertuah...alhamdulillah dpt gak cabutan bertuah mlm tu-bag mini TM leh letak kasut kt bwh...dah habis dinner ,mlm tu masing2 tido lewat nak siapkan tugasan group...kitaorg tido 2am...

Hari ke 4 (cameron) last day...

pagi lepas sarapan..ke dewan seminar sedikit taklimat dan presentation kumpulan...alhamdulillah presentation kumpulan kami ok juga la....10 org ahli tp yg betul2 buat mlm tu 4-5kerat je...huhu...tgh hari sesi penutup...bergambar ramai2 ...check out jam 2pm....lunch kt hotel...masa nie la sedih dah dok sekali ramai2 berpisah sb 2 bas...dan ada yg naik kenderaan sdri...nak turun tu ramai mintak singgah nak shopping..diberi 30minit utk shopping....beli (teh perisa/tiada perisa/ strawberry kering/ jagung mutiara rebus/ bantal golek strawberry utk Adam/ keychain utk staff2 kt hotel.....kawan2 * Yoyo/along/mel/hai/ninie /Nurul/annedll miss uols.....balik sampai ke Kuantan jam 10.30pm amik teksi tumpang sekali dgn en.Basheerr TDK(mekasih tolong byr teksi hehehe) sekali laluan...mandi2 tido.....esok pagi singgah office Kuantan dulu kul 11am gerak balik Lipis...

Terima kasih TM Pahang atas jemputan program nie..lain kali buat lg ....makan free, tido free, jalan2 free....apa2 pun pengetahuan produk pelancongan yg ada di Pahang Barat tu yg penting....

* tunggu citer kuar dlm paper je la.....

*Gambar di atas hasil 'tangkapan' dr Camera Nikon-compact dan camera Abg Din - wartawan Metro...


Thanks for reading

No comments: