Water Confidence, White Water Rafting, Paintball & Makan Durian at Jeram Besu

Peralatan paintball

Makan doyannnn.....mmg best isi kuning2

En.Kamal mengopek doyan...

Penerangan oleh En.Halim

Menu minum petang

Paintball dlm ladang koko...

Merentasi Jeram arus agak kuat-aku dlm bulatan tu...

Aktiviti white Water Rafting

Penerjunan utk water confidence-Rapid Jump

Tunggu giliran melalui tali ke batu utk water confidence-Rapid Jump

3hb Julai 2010-Sabtu...Actually hari ni aku ada 2 tempat nak gi 1st Meeting reunion di NZ garden KL mmber2 Sek.vok/teknik Bentong batch 94/95 atau gi ke aktiviti bersama group CIDB-white water rafting nie....Adam pun tak de org nak jaga so, aku gi aktiviti satu hari nie je...Biasa la memula join dgn group kita baru kenal tak best sgt la..malu2 lg...cuma aku join dgn Cik Farah org yg deal dgn aku utk bilik hotel...semua peserta CIDB ni menginap di LIPIS PLAZA HOTEL dan aktiviti saja dgn En.Kamal....Bermula pagi aku ikut En.Kamal (Pengurus -aktiviti) ke Jeram Besu jam 8.15am..dari sana bermula dgn penerangan keselamatan utk aktiviti Water Confidence ( terdapat 3 elemen dlm water confidence - Rapid Jump, Floating dan Capsize-drill)-kena terjun dalam arus deras (Rapid Jump)...masa aku cuba tu mmg serun gak la nak terjun wehh..air agak besar gak dan arus agak deras, masa ni la nak uji level confidencen kita berani ke dok nak masuk dlm air tu...mmg fun gilerrr...apa2 pun aspek keselamatan kena ikut dlm semua acara aktiviti di Jeram..semasa buat aktiviti water confidence (Rapid Jump) ni salah sorang peserta CIDB pengsan rupa2nye ada asma..so, panik la jap semua staff CIDB, sib baik tak lama lepas tu dia dah ok kembali teruskan aktiviti mcm biasa.
Pas tu aktiviti terbalikkan bot (Capsize dirll)..dan terus aktiviti merentasi jeram. sebelum tu kami diberi penerangan mcm mna keadaan kami di dalam bot sewaktu merentasi Jeram yg kuat n laju...kena pegang tali di tepi bot, paddel letak di dalam bot dan sengetkan diri ke arah dlm bot supaya tak terpelanting keluar bot sewaktu merentasi jeram. Perjalanan kami diteruskan merentasi sungai Lipis terus ke Benta adalah dlm 40minit perjalanan mmg besttt sgt2 dlm perjalanan merentasi sungai kami lalu juga beberapa jeram kecil tak bahaya seperti di Jeram Besu...sampai di Beta-Jeti kami dijamu dgn makanan ringan- Tapai dlm daun keladi, roti dan air meneral sebagai alas perut dan terus menaiki bas yg menunggu..perjalanan diteruskan ke Base camp untuk aktiviti Paintball pulak...di Base Camp di Jeram besu cantik dan bersih je, bilik air n persalinan pun agak selesa dan luas-tekanan air pun kuat..
Selesai bersihkan diri dan salin pakaian dalam Jam 1 lebih kami di saji dengan hidangan tengahari lauk kampung- ikan patin tempoyak, ayam masak merah, kangkung belacan, ulam2 sambal belacan, ikan masin air oren dan buah2han....mmg ramai kelaparan la semua peserta...jam 2.15pm terus ke tapak utk aktiviti paintball dlm ladang koko...kena berjalan dlm 10 minit ke tapak yg telah dipasang jaring keselamatan ....sedikit penerangan mengenai paintball mcm mna nak guna pistol tu dipanggil marker (ye ke tak ejenye) dll la...cara permainan..macamana nak kira dah 'mati'....permainan dia dibahagi beberapa kumpulan...dlm jam 4 lebih lepas tamat permainan kembali ke Base Camp utk menikmati hidangan minum petang-Beehoon goreng n sandwich telor-2 bakul durian kena habiskan ...mmg kekenyangan betul petang tu....dlm jam 5 lebih kami berjalan utk ke tempat bas tertido kepenatan dlm bas....dlm 6 lebih kami sampai ke hotel...apa2 pun aktiviti hari tu mmg FUN....seronokkk giler...dpt kenalan baru dan aktiviti baru...apa2 pun terima kasih pada En.Kamal sbb bg peluang kt aku utk merasa aktiviti2 ni ..Free maaa....kalau tak semua aktiviti ni dlm RM200++ /pax....Berminat?.........hubungi saya ye....yihaaaa....



Thanks for reading

No comments: